MSELECT * FROM CERAMAHBAB WHERE RECID ='20'

Isyarat Larangan

Refresh If Video Is Not Available
Berbentuk Bulatan berwarna merah
DILARANG MEMOTONG
Isyarat ini menandakan kawasan semua kenderaan tidak dibenarkan memotong sama sekali
Kegagalan mematuhi larangan memotong akan meningkatkan risiko kemalangan anda dan pengguna jalan raya yang lain
DILARANG MEMBUNYIKAN HON
Dilarang membunyikan hon di tempat seperti sekolah, mahkamah, hospital dan kompleks pejabat kerajaan.
Membunyikan hon akan mengganggu ketenteraman awam
KENDERAAN DILARANG MASUK
Semua kenderaan tidak dibenarkan membelok ke kiri kerana laluan di hadapan merupakan jalan sehala.
Kegagalan mematuhi akan meningkatkan risiko kemalangan dan mengganggu lalulintas
DILARANG BERHENTI
Semua kenderaan tidak dibenarkan berhenti di kawasan yang mempunyai tanda isyarat ini
Memberhentikan kenderaan di kawasan ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas serta
mengganggu kelancaran pergerakan semua kenderaan.
Kegagalan mematuhi akan meningkatkan risiko kemalangan dan mengganggu lalu lintas.
Columbus