MSELECT * FROM CERAMAHBAB WHERE RECID ='21'

ISYARAT MANDATORI

Berbentuk Bulatan Berwarna Biru
IKUT ARAH
Tanda isyarat ini bertujuan untuk mengawal pergerakan serta melancarkan aliran lalu lintas. Kebiasaannya terdapat di jalan perbandaran.
- Ikut arahan anah panah.
Kegagalan mematuhi tanda isyarat ini akan menyebabkan pertembungan aliran. Meningkatkan risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas.
KENDERAAN JENIS INI DIBENARKAN MASUK
Tanda isyarat ini bertujuan untuk menentukan hanya kenderaan sikal yang ditetapkan menggunakan laluan ini. lanya bagi menentukan kenderaan sikal tidak mengganggu aliran lalu lintas. Kebiasaannya terdapat di kawasan luar bandar
- Semua kenderaan sikal hendaklah menggunakan lorong ini sahaja
Kenderaan lain dilarang menggunakan laluan ini
LALUAN TEKSI
Tanda isyarat ini bertujuan untuk menentukan teksi menggunakan laluan yang ditetapkan. lanya bagi membolehkan teksi mengambil dan menurunkan penumpang tanpa mengganggu aliran lalu lintas dan mengurangkan risiko kepada pemandu dan penumpang teksi Kebiasaannya terdapat di kawasan bandaraya
- Pemandu teksi hendaklah menggunakan lorong ini sahaja.
Kegagalan mematuhi tanda isyarat ini akarn menyebabkan pertembungan aliran, meningkatkan risiko kemalangan dan kesesakan lalu lintas
Columbus